Pages

Thursday 6 September 2012

VIVIX - Manfaat yang tidak ternilai

Umur adalah sekadar angka yang tidak perlu ditakuti oleh wanita. Seiring dengan peningkatan usia, proses penuaan pasti tidak dapat dijauhi. Kemunculan garis halus atau kedutan pada bahagian tertentu wajah tanda utama penuaan.

Namun, ia tidak seharusnya menjadi satu bebanan kepada wanita kerana di pasaran terdapat banyak produk yang membantu mengatasi atau mengurangkan masalah berkenaan. Kulit manusia terdiri daripada gabungan kolagen dan elastin. Kemampuan kolagen dan elastin untuk menyimpan kelembapan semula jadi menjadikan kulit kekal gebu dan anjal.

Dengan peningkatan usia turut menjejaskan kolagen dan elastin kerana proses pembaharuan menjadi perlahan. Garisan halus sekitar mata, kulit yang tidak bermaya serta kurang anjal antara contoh penuaan yang biasa dialami wanita. Namun proses berkenaan berbeza dengan setiap individu bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Oleh itu, Shaklee telah memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang juga dikenali sebagai tonik anti-penuaan. Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.




Apa kebaikan dan manfaat Vivix?
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Nota : Tapi VIVIX TIDAK BOLEH diambil oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak...

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.         
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.     
                                                                                      
Berminat ? Untuk konsultasi dan pertanyaan :- 
Hubungi saya : 013-3629234 (Farrah)           
Email : farrahfilzah11@gmail.com              

Tuesday 4 September 2012

Cadangan Vitamin Semasa Berpantang




Biasanya bila berpantang ibu-ibu akan lebih terdorong untuk mengambil jamu. Tambahan pula sekarang memang banyak jamu-jamu di pasaran sampai tak tahu yang mana terbaik untuk diri sendiri tapi dalam masa yang sama risau kalau jamu-jamu itu akan memberi kesan kepada bayi tersayang. Nah, tiba masanya ibu-ibu boleh mencuba Vitamin Shaklee sebagai alternatif kepada jamu dan herba. Vitamin Shaklee ini tidak kurang hebatnya. Nak tahu lebih lanjut?

Apakah vitamin yang terdapat dalam set berpantang ni?
  • B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
  • Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Tapi suka saya cadangkan untuk ibu yang berpantang menambah beberapa vitamin lain untuk manfaat ibu terutamanya bagi ibu yang hendak membuat stok susu perahan.
  • Energizing Soy Protein - untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di mana kandungan utama ESP ini ialah protein dan kalsium yang sangat penting untuk penghasilan susu ibu.
  • Ostematrix - selain sebagai milk booster, kalsium magnesium yang mana antara kebaikannya adalah seperti yg dinyatakan dalam testimoni di atas, iaitu utk mengelakkan sembelit selain kebaikan kalsium magnesium lain kerana ibu yang baru lepas bersalin banyak kehilangan darah dan kalsium magnesium juga diperlukan untuk pembentukan darah.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 
Berminat ? Untuk konsultasi dan pertanyaan :-
Hubungi saya : 013-3629234 (Farrah)
Email :
farrahfilzah11@gmail.com

Monday 3 September 2012

Promosi September : VIVIX

Revolusi Terbaru dari ShakleeVivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Siapa perlukan Vivix?

Sesuai untuk lelaki & wanita, tua dan muda. Sangat baik untuk awet muda, pemulihan selepas pembedahan dan pencegahan risiko kanser. (Tidak sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi).

Apa kebaikan Vivix?
  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat ? Dapatkan VIVIX dengan harga promosi untuk bulan ini sahaja.
Hubungi saya : 013-3629234 ( Farrah )
Email : farrahfilzah11@gmail.com

Sunday 2 September 2012

Anemia semasa hamil

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi. Amat penting untuk anda mengetahui samada anda mengalami anaemia atau tidak setelah anda disahkan hamil.
Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

TANDA-TANDA ANEMIA :
- Cepat letih
- Rasa tidak bermaya
- Pucat
- Berdebar-debar
- Sukar bernafas
- Pengsan

Berapa banyak zat besi yang diperlukan oleh tubuh?

Anda memerlukan sekurang kurangnya 15 mg zat besi sebelum hamil. Tetapi semasa hamil anda memerlukan dua kali ganda dos yang disarankan. Tapi hati-hati kerana ia boleh menybabkan sembelit dan muntah-muntah pada sesetengah orang. Sekiranya anda alah dengan zat besi, cubalah memakan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti:
Daging tanpa lemak (tapi hindarkan memakan hati kerana ia mengandungi vitamin A yang terlalu tinggi)
Sayuran hijau seperti bayam, kangkung atau brokol
Doktor akan mencadangkan anda mengambil vitamin tambahan kerana pengambilan vitamin dari bahan-bahan makanan mungkin tidak mencukupi.
Di SHAKLEE kami mencadangkan suppliment multivitamin yang dilengkapi dengan formula zat besi yang dapat menyokong kehamilan anda.

Multi vitamin & Multi mineral
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
     mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
     tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
     untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
     memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
     merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

Berminat? Hubungi saya untuk maklumat lanjut 013-362 9234 ( Farrah)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 30 August 2012

Cadangan vitamin untuk ibu menyusu

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B complex : Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin C : Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa : Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

ESP - Energizing Soy ProteinSeperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Credit : http://www.genkimomma.net

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat ?
Hubungi saya di farrahfilzah11@gmail.com atau Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Sunday 12 August 2012

MealShake Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan mengenai MEALSHAKE Shaklee. Mealshake ni bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak juga boleh mencuba kebaikannya.
bagi ibu-ibu mengandung ada yang tidak selera minum susu atau pun ESP, jadi anda boleh mencuba Mealshake kerana is sangat sedap dan berkhasiat. Nak tahu lebih lanjut tentang Mealshake? Jom baca fakta dibawah :


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Siapa yang perlukan MEALSHAKE?

Sebenarnya ia amat sesuai untuk semua golongan. Bagi kanak-kanak terutamanya yang kurang selera untuk makan atau sembelit, yang sering demam dan letih.
juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengandung, menyusu dan pesakit-pesakit yang dalam proses pemulihan. Juga bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik dan ingin kekal sihat.
Dan yang penting juga bagi anda yang tidak gemarkan supplement dalam bentuk tablet kerana Mealshake didatangkan dalam bentuk serbuk yang mudah dibancuh.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat ?
Hubungi saya :
Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)
untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Kulit cantik dengan Vitamin C dan E Shaklee

Vitamin Untuk Kulit Yang Cantik
Memiliki kulit yang cantik, gebu dan berseri tentunya idaman setiap wanita. Sebab itu lah terdapatnya pelbagai produk-produk kecantikan dipasaran. Tapi sebagai pengguna kita harus lebih peka untuk memilih sebarang produk supaya tidak memudaratkan diri sendiri.
Disamping produk luaran, kita tidak boleh abaikan penjagaan dari segi dalam. Pemakanan yang betul perlu juga di titik-beratkan. Bagi yang ingin lengkapkan keperluan dalaman ini boleh cuba amalkan makan vitamin disamping makanan-makanan harian kita.
Di Shaklee kami ada cadangkan vitamin yang sesuai untuk kecantikan kulit iaitu vitamin C, Vitamin B Complex dan juga Vitamin E Complex yang mampu membantu memberi impak yang maksima untuk kulit anda.

Di sini saya terangkan seba-sedikit tentang 3 jenis vitamin yang saya maksudkan itu ya.

B-Complex :
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C :
Sebagai antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
Vitamin E :
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat ?
Hubungi saya di
farrahfilzah11@gmail.com atau Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Kepentingan Vitamin B Complex

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
Gejala kekurangan vitamin B:
  • Keletihan
  • Kebas
  • Kerengsaan usus
  • Gemuruh
  • Kemurungan
  • Paranoia
  • Lemah dan lesu
  • Stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Credit : Vitaminsemulajadi

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk konsultasi dan pertanyaan, hubungi saya :
Farrah : 013-36209234
Email :
farrahfilzah11@gmail.com

Sunday 5 August 2012

LECITHIN

Bulan Syawal bakal menjelma. Dan sememangnya kita tak dapat lari dengan makanan yang sedap-sedap. Terbayang di mata lemang, ketupat, rendang dan segala macam kuih muih. Dan di setiap hujung minggu pastinya ada rumah terbuka yang perlu dihadiri. Takkan nak tengok saja kan? Mesti nak menjamah hidangan yang tersedia. Jadi dengan adanya LECITHIN Shaklee ni pastinya anda tak perlu risau. Nak tahu apa kebaikan LECITHIN Shaklee? Mari kita tengok info dibawah...



13 Khasiat & kebaikan Lecithin yang anda perlu tahu:

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin?
Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

(13) Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Lecithin Shaklee? Hubungi saya dengan segera untuk sesuatu yang istimewa.
Call / SMS : 013-3629234

Thursday 2 August 2012

Sijil Halal Shaklee 2012


Ada diantara customer yang bertanyakan tentang status HALAL Shaklee. Alhamdulillah, kami sebagai pengguna dan distributor pun amat menitik-beratkan hal ini. Normal lah kalau produk luar masuk ke pasaran Malaysia sudah tentu ada yang mempertikaikannya. Tetapi jangan risau, dengan adanya sijil halal ini anda tidak perlu was-was lagi.



Sijil HALAL terbaru Shaklee 2012 telahpun dipamerkan di laman rasmi Shaklee Malaysia. Buat pengetahuan anda, produk yang tersenarai di dalam sijil HALAL ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja, dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran.

Boleh refer link di bawah untuk melihat sendiri senarai badan islam yang di iktiraf JAKIM.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

7 Khasiat Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




(1) Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus.
(2) Menghidratkan - Melembapkan kulit, kurang rasa kering dan kulit terkupas   pada muka.
(3) Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
(4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
(5) Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
(6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
(7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Collagen Powder Shaklee? Hubungi saya dengan segera untuk sesuatu yang istimewa.
Berminat ?
Call / SMS : 013-3629234

APA ITU KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Antara kepentingan kolagen:

1.Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

2.Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

3.Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

4.Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

5.Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

6.Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Sintetik


Ada yang tanya saya apa bezanya vitamin Shaklee dan vitamin lain di pasaran? Lagipun harganya juga lebih mahal.
Mari kita baca fakta dibawah untuk ketahui perbezaannya....




Penghasilan
Vitamin natural, dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya. 
Vitamin sintetik, dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Keserasian dgn badan
Vitamin natural, dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.


Harga
Vitamin natural, tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik, biasanya lebih murah.


Kesan kepada tubuh badan.
Vitamin natural, mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik, mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Credit kepada Vitamin Semulajadi.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

      

Wednesday 1 August 2012

AIR - Mengapa perlu 8 gelas sehari.




Kita biasa dengar dan diberitahu tentang pentingnya air, sehinggakan kita perlu mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Tahukan anda kenapa kita perlu berbuat demikian?


Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.
Ia mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari”.
Jumlaj 2.5L ini bdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet dengan kerap kalau minum air yang banyak.
Tetapi sebenarnya ia bagus untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas.
Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air.


Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan.
Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan.Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan.
Anda boleh cuba sendiri.Rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri.
Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 2 liter,dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.


Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak
(bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.
Harus diingatkan juga, minum air kosong atau air suam dan bukannya air manis ya...


Antara tanda kekurangan air termasuk:
  • Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
  • Terlalu dahaga
  • Mulut kering
  • Mengantuk
  • Air kencing sedikit dan pekat
  • Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
  • Lemah otot
  • Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
  • Kurang berpeluh
  • Mata cengkung
  • Tekanan darah rendah
  • Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Demam
  • Meracau
  • Pengsan

Thursday 26 July 2012

Vitamin E

CANTIK DENGAN VITAMIN-E

Hari ini saya nak berkongsi info tentang kebaikan vitamin E Shaklee. Tentunya para ibu-ibu dan wanita amat menggemari vitamin ini setelah anda tahu kelebihannya...



Apa kelebihan Vitamin-E Shaklee ?
Vitamin-E Shaklee mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida.
Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas.
Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Kebaikan Vitamin-E :
  • Vitamin-E membuatkan si pengamal nampak muda kerana Vitamin-E melambatkan proses penuaan.
  • Pengambilan Vitamin-E secara konsisten amat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik.
    Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat agar wajan tampak berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin-E membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin-E juga membantu pengaliran darah lebih lancar dan juga membantu mengatasi masalah sakit belakang badan.
  • Vitamin-E membantu mempercepatkan proses baik luka.
  • Vitamin-E juga membentu dalam mengurangkan masalah Pre-menstrual yang teruk.

Kekurangan Vitamin-E boleh menyebabkan :
  • Mudah radang
  • Penuaan kulit sebelum sampai masanya
  • Masalah rambut gugur
  • Anemia
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 25 July 2012

SHAKLEE PERFORMANCE

SHAKLEE PERFORMANCE : KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADHAN






Alhamdulillah...dah masuk hari ke-6 kita berpuasa.. Bagaimana dengan puasa anda? Harapnya bertambah baik dari sehari ke sehari.
Item HOT di bulan Ramadhan, adalah - Shaklee Performance Drink (PD) , ini bagus bagi membantu anda sihat dan kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Insya Allah.

Info tentang Shaklee Performance Drink.
  • Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal dan berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan seharian anda walaupun berpuasa.
  • Opticarb, pilihan eksklusif untuk tenaga berpanjangan.
    Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu penyahidratan*
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
Cadangan Pengambilan:
Boleh dibancuh begitu sahaja bersama air kosong atau untuk lebih khasiat boleh juga dibancuh bersama ESP dan Meal Shakes sebagai hidangan segera yang padat nutrisi, lazat dan membantu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Kombinasi ketiga-tiga suplemen ini juga kita panggil sebagai Mighty Three Gem.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

  




Tuesday 17 July 2012

VITAMIN UNTUK SI MANJA...

KOMBINASI TERBAIK SI MANJA ANDA....

Adakah anak-anak anda mengalami tanda-tanda dibawah? Kami cadangkan anda cuba berikan 3 jenis makanan tambahan Shaklee untuk anak anda.



Meal Shakes
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua.

Omega Guard

  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bakteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Chewable Vita-C @ 100mg

  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat? Hubungi saya di 013-3629234 ( Farrah )