Pages

Wednesday 1 August 2012

AIR - Mengapa perlu 8 gelas sehari.




Kita biasa dengar dan diberitahu tentang pentingnya air, sehinggakan kita perlu mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Tahukan anda kenapa kita perlu berbuat demikian?


Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.
Ia mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari”.
Jumlaj 2.5L ini bdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet dengan kerap kalau minum air yang banyak.
Tetapi sebenarnya ia bagus untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas.
Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air.


Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan.
Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan.Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan.
Anda boleh cuba sendiri.Rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri.
Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 2 liter,dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.


Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak
(bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.
Harus diingatkan juga, minum air kosong atau air suam dan bukannya air manis ya...


Antara tanda kekurangan air termasuk:
  • Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
  • Terlalu dahaga
  • Mulut kering
  • Mengantuk
  • Air kencing sedikit dan pekat
  • Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
  • Lemah otot
  • Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
  • Kurang berpeluh
  • Mata cengkung
  • Tekanan darah rendah
  • Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Demam
  • Meracau
  • Pengsan

No comments:

Post a Comment