Pages

Thursday 30 August 2012

Cadangan vitamin untuk ibu menyusu

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.
Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik.

B complex : Penting bagi ubat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?

Vitamin C : Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

Alfalfa : Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

ESP - Energizing Soy ProteinSeperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Credit : http://www.genkimomma.net

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat ?
Hubungi saya di farrahfilzah11@gmail.com atau Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Sunday 12 August 2012

MealShake Shaklee

Hari ini saya nak kongsikan mengenai MEALSHAKE Shaklee. Mealshake ni bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak juga boleh mencuba kebaikannya.
bagi ibu-ibu mengandung ada yang tidak selera minum susu atau pun ESP, jadi anda boleh mencuba Mealshake kerana is sangat sedap dan berkhasiat. Nak tahu lebih lanjut tentang Mealshake? Jom baca fakta dibawah :


Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Siapa yang perlukan MEALSHAKE?

Sebenarnya ia amat sesuai untuk semua golongan. Bagi kanak-kanak terutamanya yang kurang selera untuk makan atau sembelit, yang sering demam dan letih.
juga sesuai bagi ibu-ibu yang mengandung, menyusu dan pesakit-pesakit yang dalam proses pemulihan. Juga bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik dan ingin kekal sihat.
Dan yang penting juga bagi anda yang tidak gemarkan supplement dalam bentuk tablet kerana Mealshake didatangkan dalam bentuk serbuk yang mudah dibancuh.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Berminat ?
Hubungi saya :
Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)
untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Kulit cantik dengan Vitamin C dan E Shaklee

Vitamin Untuk Kulit Yang Cantik
Memiliki kulit yang cantik, gebu dan berseri tentunya idaman setiap wanita. Sebab itu lah terdapatnya pelbagai produk-produk kecantikan dipasaran. Tapi sebagai pengguna kita harus lebih peka untuk memilih sebarang produk supaya tidak memudaratkan diri sendiri.
Disamping produk luaran, kita tidak boleh abaikan penjagaan dari segi dalam. Pemakanan yang betul perlu juga di titik-beratkan. Bagi yang ingin lengkapkan keperluan dalaman ini boleh cuba amalkan makan vitamin disamping makanan-makanan harian kita.
Di Shaklee kami ada cadangkan vitamin yang sesuai untuk kecantikan kulit iaitu vitamin C, Vitamin B Complex dan juga Vitamin E Complex yang mampu membantu memberi impak yang maksima untuk kulit anda.

Di sini saya terangkan seba-sedikit tentang 3 jenis vitamin yang saya maksudkan itu ya.

B-Complex :
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C :
Sebagai antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
Vitamin E :
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Berminat ?
Hubungi saya di
farrahfilzah11@gmail.com atau Call/SMS ke 013-36209234 (Farrah)untuk konsultasi mahupun pertanyaan lanjut.

Kepentingan Vitamin B Complex

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
Gejala kekurangan vitamin B:
  • Keletihan
  • Kebas
  • Kerengsaan usus
  • Gemuruh
  • Kemurungan
  • Paranoia
  • Lemah dan lesu
  • Stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.
Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.
Credit : Vitaminsemulajadi

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk konsultasi dan pertanyaan, hubungi saya :
Farrah : 013-36209234
Email :
farrahfilzah11@gmail.com

Sunday 5 August 2012

LECITHIN

Bulan Syawal bakal menjelma. Dan sememangnya kita tak dapat lari dengan makanan yang sedap-sedap. Terbayang di mata lemang, ketupat, rendang dan segala macam kuih muih. Dan di setiap hujung minggu pastinya ada rumah terbuka yang perlu dihadiri. Takkan nak tengok saja kan? Mesti nak menjamah hidangan yang tersedia. Jadi dengan adanya LECITHIN Shaklee ni pastinya anda tak perlu risau. Nak tahu apa kebaikan LECITHIN Shaklee? Mari kita tengok info dibawah...



13 Khasiat & kebaikan Lecithin yang anda perlu tahu:

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin?
Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

(13) Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Lecithin Shaklee? Hubungi saya dengan segera untuk sesuatu yang istimewa.
Call / SMS : 013-3629234

Thursday 2 August 2012

Sijil Halal Shaklee 2012


Ada diantara customer yang bertanyakan tentang status HALAL Shaklee. Alhamdulillah, kami sebagai pengguna dan distributor pun amat menitik-beratkan hal ini. Normal lah kalau produk luar masuk ke pasaran Malaysia sudah tentu ada yang mempertikaikannya. Tetapi jangan risau, dengan adanya sijil halal ini anda tidak perlu was-was lagi.



Sijil HALAL terbaru Shaklee 2012 telahpun dipamerkan di laman rasmi Shaklee Malaysia. Buat pengetahuan anda, produk yang tersenarai di dalam sijil HALAL ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja, dan tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda boleh menjumpainya di negara jiran.

Boleh refer link di bawah untuk melihat sendiri senarai badan islam yang di iktiraf JAKIM.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

7 Khasiat Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




(1) Anti Penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus.
(2) Menghidratkan - Melembapkan kulit, kurang rasa kering dan kulit terkupas   pada muka.
(3) Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
(4) Melicinkan - Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
(5) Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar.
(6) Mencerah - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
(7) Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Collagen Powder Shaklee? Hubungi saya dengan segera untuk sesuatu yang istimewa.
Berminat ?
Call / SMS : 013-3629234

APA ITU KOLAGEN

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Antara kepentingan kolagen:

1.Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

2.Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

3.Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

4.Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

5.Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

6.Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Perbezaan Vitamin Semulajadi dan Sintetik


Ada yang tanya saya apa bezanya vitamin Shaklee dan vitamin lain di pasaran? Lagipun harganya juga lebih mahal.
Mari kita baca fakta dibawah untuk ketahui perbezaannya....




Penghasilan
Vitamin natural, dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya. 
Vitamin sintetik, dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.

Keserasian dgn badan
Vitamin natural, dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan.


Harga
Vitamin natural, tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik, biasanya lebih murah.


Kesan kepada tubuh badan.
Vitamin natural, mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang.
Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik, mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.


Credit kepada Vitamin Semulajadi.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

      

Wednesday 1 August 2012

AIR - Mengapa perlu 8 gelas sehari.




Kita biasa dengar dan diberitahu tentang pentingnya air, sehinggakan kita perlu mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Tahukan anda kenapa kita perlu berbuat demikian?


Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.
Ia mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari”.
Jumlaj 2.5L ini bdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Ramai yang merungut kerana terpaksa ke toilet dengan kerap kalau minum air yang banyak.
Tetapi sebenarnya ia bagus untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas.
Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air.


Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan.
Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan.Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan.
Anda boleh cuba sendiri.Rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri.
Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 2 liter,dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.


Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak
(bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.
Harus diingatkan juga, minum air kosong atau air suam dan bukannya air manis ya...


Antara tanda kekurangan air termasuk:
  • Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
  • Terlalu dahaga
  • Mulut kering
  • Mengantuk
  • Air kencing sedikit dan pekat
  • Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
  • Lemah otot
  • Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
  • Kurang berpeluh
  • Mata cengkung
  • Tekanan darah rendah
  • Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Demam
  • Meracau
  • Pengsan